12 Mar 2017

TIP MEMBUAT NOTA RINGKAS




Pada hujung bulan ini, para pelajar akan bercuti.  Tahukah anda, salah satu aktiviti belajar yang boleh dilakukan ketika itu ialah membuat nota ringkas.

Kali ini ruangan teknik belajar akan berkongsi beberapa tip cara untuk membuat nota ringkas.  

Perlu diingat,  anda hanya dapat menyediakan nota ringkas yang berkesan setelah anda benar-benar memahami sesuatu tajuk pelajaran.  Nota ringkas ini amat berguna sewaktu mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.



1.  Memilih mata pelajaran dan tajuk yang hendak dibuat nota ringkas.


Berdasarkan mata pelajaran dan topik pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini, terdapat banyak tajuk kecil.  Oleh itu, pilih satu tajuk yang hendak dibuat nota ringkas.


2.  Menyediakan bahan bacaan.


Sediakan bahan bacaan seperti buku nota yang anda catatkan isi pelajaran sama ada yang diberikan oleh guru di kelas, buku teks atau buku rujukan.


3.  Memahami isi kandungan tajuk pelajaran.


Gunakan teknik membaca berkesan untuk memahami isi kandungan tajuk pelajaran yang telah anda pilih tadi.  Jika anda telah memahami isi kandungannya, maka mudahlah untuk anda membuat nota ringkas.


4.  Mempelajari panduan membuat nota.


Setelah anda memahami isi kandungan tajuk pelajaran yang dibaca tadi, sekarang anda bolehlah mula membuat nota ringkas.


i.  Bentuk nota.


Kebiasaannya, terdapat dua bentuk nota ringkas yang sering dibuat oleh murid.

(a)  Kertas A4 dilipat dua atau empat bahagian.

(b)  Kad manila yang dipotomg kecil bersaiz poket.


ii.  Gunakan kata kunci

Pilih kata kunci yang mudah difahami dan diingati oleh anda semua.  Anda boleh memilih mana-mana perkataan penting dalan sesuatu tajuk pelajaran yang anda baca.

iii.  Cipta simbol, rajah atau gambar.

Anda boleh mencipta simbol, rajah atau gambar yang mudah difahami untuk mengingat sesuatu isi pelajaran.


5.  Melihat dan mengingat.


Tahukah anda semua, nota ringkas yang berkesan ialah apabila anda melihatnya?  Melalui cara ini, anda dapat mengingat kembali isi kandungannya tanpa membaca nota asal.


Sekian, bertemu kembali di "posting" yang akan datang. Selamat maju jaya.

kredit :majalah dewan pelajar