27 Aug 2016

Apakah Kelebihan Kelas Tuisyen Kumpulan Kecil (Small Group Class)?

Sejak akhir-akhir ini, kelas tuisyen kumpulan kecil telah mula menjadi pilihan ibu bapa yang mementingkan peningkatan akademik anak-anak mereka. Kelas jenis ini juga mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan ibu bapa dan murid-murid. Maksud kelas kumpulan kecil ialah jumlah murid di dalam satu-satu kelas adalah antara dua hingga lima atau enam orang murid sahaja. Terdapat banyak kelebihan kelas kumpulan kecil dapat membantu meningkatkan dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid pasa masa kini.
Terdapat kalangan murid yang memerlukan pendidikan tambahan untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam trek pembelajaran dan tidak ketinggalan. Hal ini disebabkan ada antara murid yang tidak cukup masa atau mempunyai jadual yang padat kesan daripada terlalu aktif dengan sukan, persatuan mahupun kokurikulum dan sebagainya. Golongan ini memerlukan masa tambahan untuk belajar dengan bimbingan Tutor.
Begitu juga dengan murid yang kurang keyakinan diri di dalam kelas formal mereka takut dan malu untuk bertanya guru di dalam kelas yang ramai. Disinilah tempat yang sesuai bagi mereka untuk bertanya soalan dan berbincang dengan Tutor masing-masing. Disamping itu juga terdapat murid yang tidak sempat memahami sesuatu topik yang diajar di dalam kelas-kelas formal kerana guru terpaksa berubah ke topik seterusnya mengikut jadual silibus yang telah dirancang setiap tahun.
Hubungan akrab Tutor, murid dan ibu bapa amat membantu dalam merancang strategi untuk meningkatkankan lagi prestasi pelajaran murid melalui perbincangan bersama. Suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan tidak formal kerana kelas biasanya sama ada di rumah Tutor atau di rumah murid. Tutor juga dapat menyampaikan pelajaran secara santai dan bersahaja. Keselamatan murid-murid juga terjamin.
Disamping itu, murid yang kurang fokus dapat manafaat dari Kelas Kumpulan kecil ini kerana Fokus pembelajaran sangat dititikberatkan. Murid akan mendapat lebih perhatian atau 100% perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang Tutor. Ini akan memberikan impak yang besar kepada prestasi pelajaran murid.
Lebih-lebih lagi, secara tidak langsung Tutor akan dapat mengesan dan mengenal pasti kelemahan murid dalam subjek yang diajarkannya kepada murid dengan cepat. Oleh itu, usaha yang padu akan diberikan oleh Tutor dalam membantu murid memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan.
Dalam pada itu, Tutor dapat mengajar mengikut tahap penerimaan setiap murid itu sendiri. Sebagai contoh ada sesetengah murid yang mengalami masalah pembelajaran atau "Learning issues / disabilities" yang berbeza-beza. Disinilah Tutor dapat merancang secara khusus kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan individu masing-masing. Tambahan pula setiap murid mempunyai cara yang berbeza untuk belajar. Disinilah pengalaman luas dan kemahiran seorang Tutor banyak membantu.
Pada waktu yang sama, ada murid yang memerlukan rakan-rakan sekelas sebagai “sparring partner” untuk membantu mereka belajar. Sebagai contoh, mereka akan tahu aras prestasi mereka dan mereka akan memiliki daya saing untuk memajukan diri mereka sendiri.
Selain itu rakan-rakan murid di dalam Kelas Kumpulan kecil juga dapat membantu murid meningkatkan skil-skil tambahan yang amat penting untuk setiap murid seperti Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skil), Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skil) dan sebagainyai melalui program pembelanjaran yang diatur oleh Tutor. Ianya juga secar tidak langsung dapat membantu meningkatkan keyakinan diri setiap individu tersbut.
Seterusnya, jadual waktu yang lebih fleksibel di mana murid boleh memilih waktu yang bersesuaian dengan aktiviti harian masing-masing. Ibu bapa juga dapat merancang jadual mereka dengan lebih efektif untuk menguruskan anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen.
Sementara itu, perlu diingat seorang Tutor berfungsi sebagai pembimbing, penambah atau pelengkap kepada sistem pendidikan formal bagi membantu murid untuk berjaya dan cemerlang kerana asas pembelajaran telahpun diajar di kelas-kelas formal iaitu di sekolah masing-masing. Selain itu, Tutor juga bertindak sebagai pemberi inspirasi kepada muridnya dalam apa jua situasi yang melanda dalam muridan, kerjaya pada masa hadapan mahupun kehidupan peribadi. Ini kerana murid lebih terbuka untuk berbincang dengan Tutor mereka kerana Tutor amat berpengalaman menjalankan tugasnya sebagai rakan dan tempat berkongsi apa jua kerana mereka antara orang yang rapat dan akrab dengan murid tersebut.
Lain daripada itu, harga yuran yang amat berpatutan setanding dengan mutu perkhidmatan dan kepuasan yang diterima. Akhir sekali dan paling penting sekali ialah bukti kejayaan atau "proven results" / testimonial yang telah ditunjukkan kebanyakan murid yang telah mengikut kelas kumpulan kecil ini.
Secara keseluruhan, kelas kumpulan kecil didapati mempunyai banyak kelebihan dan membantu meningkatan prestasi serta memberi penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid pada masa kini.
Tutor Ms. N

10 Aug 2016

PENDAFTARAN KELAS TUISYEN UPSR / PT3 / SPM SESI 2017 KINI DIBUKA!!

TAWARAN ISTIMEWA!!
==================
‪#‎PERCUMA‬ - yuran pendaftaran
‪#‎DISKAUN‬ - yuran bulanan
# jika mendaftar di bulan September hingga November 2016
Pakej UPSR - KELAS "SMALL GROUP"
==============================
SET A
MONDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
TUESDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET B
THURSDAY – 8.00PM TO 10.00PM, &
FRIDAY – 8.00PM TO 10.00PM
SET C
SATURDAY – 11.00AM TO 1.00PM, &
SUNDAY – 2.30PM TO 4.30PM
SET D
SATURDAY – 2.30PM TO 4.30PM, &
SUNDAY – 11.00AM TO 1.00PM
UPSR/PT3/SPM - KELAS ONE-TO-ONE (min. 2 jam):
==============================
SATURDAY / SUNDAY (hari dan waktu - sila hubungi Ms.N 0173742856 - tempat terhad).
Utk maklumat lanjut :
Mobile No. : 017-3742856
Telephone No : 03-92017876
Email Address : tuisyenmsn@gmail.com