10 Oct 2015

Panduan Menjawab Kertas 2 Bahasa Inggeris - Section A

1, Gunakan ayat kompleks : contoh menerangkan dua aktiviti dalam satu ayat.

Contoh:

The man who wears a hat is holding a glass of milk while looking at his children.

2. Gunakan "verb" yang sesuai untuk setiap ayat untuk menerangkan apa yang ada didalam gambar sahaja.

3. Gunakan kata sifat yang sesuai untuk manusia, benda atau haiwan yang ada didalam gambar.

Contoh:

The cute baby is sleeping soundly in a beautiful cot.

4. Gunakan "adverb" yang sesuai.

Contoh:

The boy is arranging the books neatly.

5. Elakkan membuat ayat umum.

Contoh :

They are five pupils at the playground.

6. Elakkan menerangkan sesuatu objek mengenai warna kerana gambar adalah hitam putih.

7. Elakkan memberitahu subjek yang sama melakukan dua perbuatan dalam dua ayat.

8.  Pastikan tiada kesilapan "grammar" dalam setiap ayat dan jangan melebihi atau kurang dari lima ayat.

Credit to: Puan Maznah Hashim https://www.facebook.com/maznahashim?fref=